Monday, June 17, 2013

Petua Membanyakkan Susu Badan


 
 Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Sumber artikel : http://pama.karangkraf.com/petua/petua-mudah-tambah-susu-1.165617

Tips Panduan Mencairkan Susu Perahan (EBM)



1) Cek tarikh perahan susu pada bekas perahan. Gunakan bekas yang dilabel dengan tarikh yang 
terawal.
2) Cairkan susu dengan meletakkannya di bahagian 'fridge' selama 4-24 jam.
3) Letakkan bekas perahan di bawah laluan air paip di sinki. Setelah agak mencair, lalukan di bawah air suam pula.
4) Jangan mencairkan pada suhu bilik.
5) Panaskan susu dengan merendam bekasnya ke dalam bekas berisi air suam.
6) Jangan panaskan susu perahan di dalam microwave dan di atas api dapur gas. Susu yang sudah mencair tidak boleh disejukbeku lagi.

Cara Menyimpan Susu Perahan



✔ Susu yang baru diperah boleh disimpan dalam suhu bilik selama
6-8 jam.
✔ Susu yang baru diperah hendaklah disimpan dalam masa 6-8
jam selepas perahan untuk mengelakkannya rosak.
✔ Letakkan label tarikh susu diperah pada bekas perahan.
✔ Tinggalkan 1 inci lebihan ruang dalam bekas susu perahan yang
ingin disejukbeku.
✔ Letakkan bekas perahan di bahagian belakang freezer di mana
ianya tempat yang paling sejuk.