Friday, July 12, 2013

Tips Mengepam Susu Semasa Bekerja

Mengepam susu ialah satu skill seperti mana kita menyusu anak kita. Di sini saya share beberapa tips agar proses mengepam susu menjadi lebih mudah, relaks dan dapat menghasilkan banyak susu terutama untuk ibu-ibu bekerja.


1) PASTIKAN YANG MANA PRIORITY(KEPENTINGAN) ANDA

Proses mengepam boleh jadi mengambil waktu yang lama untuk mendapatkan hasil 'titisan emas' yang mencukupi. Ada banyak perkara kadang-kadang perlu dikorbankan terutama jika menggunakan pam manual atau bukan jenis hands-free. Kadang-kadang anda terpaksa kurangkan waktu 'bersosial' dengan teman sekerja, waktu rehat dan sebagainya. Jadi ibu-ibu kena pandai uruskan masa.

2) MINUM AIR MENCUKUPI

Kepentingan pengambilan air yang mencukupi memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia penyusuan susu ibu. Sentiasa bawa botol air dan letakkan di meja/workstation anda.

3) PASTIKAN ANDA SELESA

Jika syarikat anda menyediakan satu bilik khas untuk ibu-ibu mengepam, you're in a very good company and environment. Tetapi tidak semua syarikat dan rakan sekerja faham dan meyokong usaha ini. Bawa nursing cover/shawl jika anda terpaksa mengepam di cubicle/workstation anda. Beli double electric breastpump jika berkemampuan kerana ia lebih menjimatkan masa dan dapat mengepam susu lebih banyak. Jika di syarikat anda tiada peti sejuk, bawa sendiri cooler bag. Susu selamat disimpan di situ.

4) BERITAHU MAJIKAN ANDA

Ya betul, kita tak perlukan green light dari majikan atau rakan sekerja kita untuk meneruskan usaha penyusuan susu ibu ini TETAPI proses ini menjadi lebih mudah jika anda dapat sokongan dari golongan ini.

5) BAYANGKAN BAYI ANDA

Bawa gambar anak / video rakaman anak anda di handphone dan lihatnya semasa proses mengepam. Ia akan membuatkan kita relaks dan mengingatkan serta menguatkan azam kita kenapa kita melakukannya walau banyak cabaran yang datang.

Penyusuan susu ibu boleh menjadi satu perjalanan yang menggembirakan dan mencabar buat ibu-ibu tetapi percayalah tiada ada yang dapat menggantikan satu perasaan yang hebat bila dapat memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Friday, June 21, 2013

Set Breastfeeding Shaklee

Set Penyusuan Shaklee memastikan ibu-ibu mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Kelebihan Shaklee berbanding jenama lain ialah Shaklee ialah vitamin semulajadi, selamat dan sesuai untuk semua.


Vitamin shaklee yang berikut dicadangkan untuk IBU MENYUSU





Vitamin 1 : ESP

ESP merupakan milk & energy booster yang sedang hangat sekarang. Kandungan utamanya ialah protein. Seperti yang kita tahu, komponen utama susu ibu selepas air ialah protein dan ibu yang menyusu memerlukan kandungan protein yang lebih berbanding wanita yang tidak menyusu.

ESP juga membuatkan badan kita lebih bertenaga dan tidak cepat letih kerana ianya bersifat glisemik rendah. Makanan yang bersifat glisemik rendah akan membuatkan badan kita melepaskan tenaga secara perlahan. Amat sesuai buat ibu yang cepat letih.

Vitamin 2: Vitalea

Vitalea ialah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Dengan gaya hidup kita sekarang yang sibuk, kadang-kadang makan pun tak terjaga apatah lagi nak pastikan badan kita terima semua vitamin yang diperlukan oleh badan melalui pemakanan kita. Bila badan kurang nutrisi, macam mana nak berfungsi dengan baik kan.

Vitamin 3: Alfalfa

Milk booster yang hebat. Bertindak juga sebagai kacip fatimah untuk hubungan suami isteri serta menghilangkan keputihan

Vitamin 4: B Complex

B is for beauty, boost energy, menghilangkan stress dan melambatkan proses penuaan. Stress akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. B Complex membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.

Vitamin 5: Vitamin C

Untuk meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan dari mudah diserang penyakit. Jika ibu sihat, penyusuan dapat dibuat tanpa sebarang masalah. Vitamin C juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Kadangkala selalu terjadi puting payudara luka ketika penyusuan.

Vitamin 6: Ostematrix

Ostematrix atau Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium sangat penting kepada wanita selepas bersalin walaupun anda tidak breastfeed kerana kalsium dari badan ibu banyak diserap untuk perkembangan fetus semasa ibu mengandung. Oleh itu, amat penting untuk pastikan keperluan kalsium kita mencukupi untuk membantu tulang kita 'recover' selepas tempoh kehamilan.

Ostematrix juga membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan dan membanyakkan susu semasa haid / period.


Diakui, Set Penyusuan Shaklee melengkapi kesemua keperluan badan kita. Jika anda seorang ibu menyusu yang prihatin akan kesihatan anda, gunakanlah Set Penyusuan Shaklee. Saya turut menyediakan set penyusuan mengikut bajet kewangan anda.

Sekiranya kita mengambil suplemen bagi penyusuan, kita kena ingat KEJAYAAN PENYUSUAN bergantung kepada kesihatan IBU. Vitamin yang diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Sekaligus mampu membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada si manja. 

Saya telah amalkan set ini  semasa menyusukan kedua-dua anak saya. Alhamdulillah sangat berpuas hati.


Hubungi saya untuk mendapatkan set ini:

Puan Nor : 0199641609 (sms/call)
Email       : iluvbreastfeeding@gmail.com




Monday, June 17, 2013

Cara-cara Menguruskan Stok EBM Semasa Travel

Penyusuan semasa travel sama ada oversea atau dalam negara bukanlah suatu yang mustahil.



Sharing hari ini ialah jika anda travel menaiki pengangkutan darat. (kereta, etc)

✉ Barang yang diperlukan ialah cooler box, ice cube, garam dan tuala lembap.

✉ Masukkan ice cube pada dasar cooler box.

✉ Taburkan garam. Garam berfungsi untuk melambatkan ais cair.

✉ Kemudian susun EBM, lapiskan dengan ice cube dan taburkan garam.

✉ Langkah ini diulang sehingga cooler box penuh.

✉ Lastly, letakkan tuala lembap di lapisan atas sekali supaya haba tidak keluar. Tutup cooler box rapat.

✉ Letakkan cooler box di bahagian yang berhawa dingin. Jangan letak di bahagian bonet.

Penulis Whenmayend.blogspot menggunakan cara ini semasa travel selama 7 jam menaiki kereta dan EBM tidak mencair.

Petua Membanyakkan Susu Badan


 
 Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Sumber artikel : http://pama.karangkraf.com/petua/petua-mudah-tambah-susu-1.165617

Tips Panduan Mencairkan Susu Perahan (EBM)



1) Cek tarikh perahan susu pada bekas perahan. Gunakan bekas yang dilabel dengan tarikh yang 
terawal.
2) Cairkan susu dengan meletakkannya di bahagian 'fridge' selama 4-24 jam.
3) Letakkan bekas perahan di bawah laluan air paip di sinki. Setelah agak mencair, lalukan di bawah air suam pula.
4) Jangan mencairkan pada suhu bilik.
5) Panaskan susu dengan merendam bekasnya ke dalam bekas berisi air suam.
6) Jangan panaskan susu perahan di dalam microwave dan di atas api dapur gas. Susu yang sudah mencair tidak boleh disejukbeku lagi.

Cara Menyimpan Susu Perahan



✔ Susu yang baru diperah boleh disimpan dalam suhu bilik selama
6-8 jam.
✔ Susu yang baru diperah hendaklah disimpan dalam masa 6-8
jam selepas perahan untuk mengelakkannya rosak.
✔ Letakkan label tarikh susu diperah pada bekas perahan.
✔ Tinggalkan 1 inci lebihan ruang dalam bekas susu perahan yang
ingin disejukbeku.
✔ Letakkan bekas perahan di bahagian belakang freezer di mana
ianya tempat yang paling sejuk.

Sunday, June 16, 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu

Kadang- kadang bahan semulajadi pun berguna untuk menambahkan penghasilan susu ibu... Saya kongsikan di sini.. Jom amalkan....





                                                                      Longan kering


1. Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

2. Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

3. Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

4. Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

5. Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

6. Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

7. Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

8. Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

9. Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Sumber : Pama Karangkraf

Saturday, April 27, 2013

Produk Shaklee disahkan KKM

Sebagai pengguna terutamanya suplemen yang melibatkan kesihatan, kita harus bijak meneliti. Jangan pandang kepada murahnya HARGA... tetapi pandanglah kepada KUALITI dan DIYAKINI.. Umum sedia maklum bahawa setiap produk kesihatan dalaman mahupun luaran memerlukan pengesahan daripada Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM). 

Korang jangan risau, kerana produk SHAKLEE sememangnya mempunyai pengesahan daripada KKM. Tak percaya ke??? Ada beberapa ciri yang ada pada packaging  asal produk SHAKLEE... Tak susah pun nak mencarinya.. Bukan boleh tipu pun kan..

Ciri Pertama

Cuba korang ambil botol SHAKLEE jika ada la... Korang perhatikan betul- betul kat bahagian depan botol. Ada sticker HOLOGRAM yang berkilat- kilat .. Jika diperhatikan lagi, dalam sticker tu tertulis KKM.. Boleh tengok sini ye kalau rasa tak kenal yang mana sticker HOLOGRAM tu.. hehe
Nampak tak?? Buka mata luas- luas sikit ye.. STICKER berkilat tulah STICKER HOLOGRAM.
Siap ada serial number dan jika dipandang real. memang ada LOGO KKM di situ ye.

Satu lagi.. pusing bahagian belakang botol tercatat tulisan
"Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia" dan dilengkapi
dengan no siri yang bermula dengan kod "MAL".

So, jangan risau ye... SHAKLEE memang diyakini kerana telah melepasi kawalan ketat KKM... Hidup lebih SIHAT dengan SHAKLEE..