Friday, July 12, 2013

Tips Mengepam Susu Semasa Bekerja

Mengepam susu ialah satu skill seperti mana kita menyusu anak kita. Di sini saya share beberapa tips agar proses mengepam susu menjadi lebih mudah, relaks dan dapat menghasilkan banyak susu terutama untuk ibu-ibu bekerja.


1) PASTIKAN YANG MANA PRIORITY(KEPENTINGAN) ANDA

Proses mengepam boleh jadi mengambil waktu yang lama untuk mendapatkan hasil 'titisan emas' yang mencukupi. Ada banyak perkara kadang-kadang perlu dikorbankan terutama jika menggunakan pam manual atau bukan jenis hands-free. Kadang-kadang anda terpaksa kurangkan waktu 'bersosial' dengan teman sekerja, waktu rehat dan sebagainya. Jadi ibu-ibu kena pandai uruskan masa.

2) MINUM AIR MENCUKUPI

Kepentingan pengambilan air yang mencukupi memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia penyusuan susu ibu. Sentiasa bawa botol air dan letakkan di meja/workstation anda.

3) PASTIKAN ANDA SELESA

Jika syarikat anda menyediakan satu bilik khas untuk ibu-ibu mengepam, you're in a very good company and environment. Tetapi tidak semua syarikat dan rakan sekerja faham dan meyokong usaha ini. Bawa nursing cover/shawl jika anda terpaksa mengepam di cubicle/workstation anda. Beli double electric breastpump jika berkemampuan kerana ia lebih menjimatkan masa dan dapat mengepam susu lebih banyak. Jika di syarikat anda tiada peti sejuk, bawa sendiri cooler bag. Susu selamat disimpan di situ.

4) BERITAHU MAJIKAN ANDA

Ya betul, kita tak perlukan green light dari majikan atau rakan sekerja kita untuk meneruskan usaha penyusuan susu ibu ini TETAPI proses ini menjadi lebih mudah jika anda dapat sokongan dari golongan ini.

5) BAYANGKAN BAYI ANDA

Bawa gambar anak / video rakaman anak anda di handphone dan lihatnya semasa proses mengepam. Ia akan membuatkan kita relaks dan mengingatkan serta menguatkan azam kita kenapa kita melakukannya walau banyak cabaran yang datang.

Penyusuan susu ibu boleh menjadi satu perjalanan yang menggembirakan dan mencabar buat ibu-ibu tetapi percayalah tiada ada yang dapat menggantikan satu perasaan yang hebat bila dapat memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Friday, June 21, 2013

Set Breastfeeding Shaklee

Set Penyusuan Shaklee memastikan ibu-ibu mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Kelebihan Shaklee berbanding jenama lain ialah Shaklee ialah vitamin semulajadi, selamat dan sesuai untuk semua.


Vitamin shaklee yang berikut dicadangkan untuk IBU MENYUSU





Vitamin 1 : ESP

ESP merupakan milk & energy booster yang sedang hangat sekarang. Kandungan utamanya ialah protein. Seperti yang kita tahu, komponen utama susu ibu selepas air ialah protein dan ibu yang menyusu memerlukan kandungan protein yang lebih berbanding wanita yang tidak menyusu.

ESP juga membuatkan badan kita lebih bertenaga dan tidak cepat letih kerana ianya bersifat glisemik rendah. Makanan yang bersifat glisemik rendah akan membuatkan badan kita melepaskan tenaga secara perlahan. Amat sesuai buat ibu yang cepat letih.

Vitamin 2: Vitalea

Vitalea ialah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Dengan gaya hidup kita sekarang yang sibuk, kadang-kadang makan pun tak terjaga apatah lagi nak pastikan badan kita terima semua vitamin yang diperlukan oleh badan melalui pemakanan kita. Bila badan kurang nutrisi, macam mana nak berfungsi dengan baik kan.

Vitamin 3: Alfalfa

Milk booster yang hebat. Bertindak juga sebagai kacip fatimah untuk hubungan suami isteri serta menghilangkan keputihan

Vitamin 4: B Complex

B is for beauty, boost energy, menghilangkan stress dan melambatkan proses penuaan. Stress akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. B Complex membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.

Vitamin 5: Vitamin C

Untuk meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan dari mudah diserang penyakit. Jika ibu sihat, penyusuan dapat dibuat tanpa sebarang masalah. Vitamin C juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Kadangkala selalu terjadi puting payudara luka ketika penyusuan.

Vitamin 6: Ostematrix

Ostematrix atau Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium sangat penting kepada wanita selepas bersalin walaupun anda tidak breastfeed kerana kalsium dari badan ibu banyak diserap untuk perkembangan fetus semasa ibu mengandung. Oleh itu, amat penting untuk pastikan keperluan kalsium kita mencukupi untuk membantu tulang kita 'recover' selepas tempoh kehamilan.

Ostematrix juga membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan dan membanyakkan susu semasa haid / period.


Diakui, Set Penyusuan Shaklee melengkapi kesemua keperluan badan kita. Jika anda seorang ibu menyusu yang prihatin akan kesihatan anda, gunakanlah Set Penyusuan Shaklee. Saya turut menyediakan set penyusuan mengikut bajet kewangan anda.

Sekiranya kita mengambil suplemen bagi penyusuan, kita kena ingat KEJAYAAN PENYUSUAN bergantung kepada kesihatan IBU. Vitamin yang diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Sekaligus mampu membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada si manja. 

Saya telah amalkan set ini  semasa menyusukan kedua-dua anak saya. Alhamdulillah sangat berpuas hati.


Hubungi saya untuk mendapatkan set ini:

Puan Nor : 0199641609 (sms/call)
Email       : iluvbreastfeeding@gmail.com




Monday, June 17, 2013

Cara-cara Menguruskan Stok EBM Semasa Travel

Penyusuan semasa travel sama ada oversea atau dalam negara bukanlah suatu yang mustahil.



Sharing hari ini ialah jika anda travel menaiki pengangkutan darat. (kereta, etc)

✉ Barang yang diperlukan ialah cooler box, ice cube, garam dan tuala lembap.

✉ Masukkan ice cube pada dasar cooler box.

✉ Taburkan garam. Garam berfungsi untuk melambatkan ais cair.

✉ Kemudian susun EBM, lapiskan dengan ice cube dan taburkan garam.

✉ Langkah ini diulang sehingga cooler box penuh.

✉ Lastly, letakkan tuala lembap di lapisan atas sekali supaya haba tidak keluar. Tutup cooler box rapat.

✉ Letakkan cooler box di bahagian yang berhawa dingin. Jangan letak di bahagian bonet.

Penulis Whenmayend.blogspot menggunakan cara ini semasa travel selama 7 jam menaiki kereta dan EBM tidak mencair.