Showing posts with label Teknik. Show all posts
Showing posts with label Teknik. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Tips Mengepam Susu Semasa Bekerja

Mengepam susu ialah satu skill seperti mana kita menyusu anak kita. Di sini saya share beberapa tips agar proses mengepam susu menjadi lebih mudah, relaks dan dapat menghasilkan banyak susu terutama untuk ibu-ibu bekerja.


1) PASTIKAN YANG MANA PRIORITY(KEPENTINGAN) ANDA

Proses mengepam boleh jadi mengambil waktu yang lama untuk mendapatkan hasil 'titisan emas' yang mencukupi. Ada banyak perkara kadang-kadang perlu dikorbankan terutama jika menggunakan pam manual atau bukan jenis hands-free. Kadang-kadang anda terpaksa kurangkan waktu 'bersosial' dengan teman sekerja, waktu rehat dan sebagainya. Jadi ibu-ibu kena pandai uruskan masa.

2) MINUM AIR MENCUKUPI

Kepentingan pengambilan air yang mencukupi memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia penyusuan susu ibu. Sentiasa bawa botol air dan letakkan di meja/workstation anda.

3) PASTIKAN ANDA SELESA

Jika syarikat anda menyediakan satu bilik khas untuk ibu-ibu mengepam, you're in a very good company and environment. Tetapi tidak semua syarikat dan rakan sekerja faham dan meyokong usaha ini. Bawa nursing cover/shawl jika anda terpaksa mengepam di cubicle/workstation anda. Beli double electric breastpump jika berkemampuan kerana ia lebih menjimatkan masa dan dapat mengepam susu lebih banyak. Jika di syarikat anda tiada peti sejuk, bawa sendiri cooler bag. Susu selamat disimpan di situ.

4) BERITAHU MAJIKAN ANDA

Ya betul, kita tak perlukan green light dari majikan atau rakan sekerja kita untuk meneruskan usaha penyusuan susu ibu ini TETAPI proses ini menjadi lebih mudah jika anda dapat sokongan dari golongan ini.

5) BAYANGKAN BAYI ANDA

Bawa gambar anak / video rakaman anak anda di handphone dan lihatnya semasa proses mengepam. Ia akan membuatkan kita relaks dan mengingatkan serta menguatkan azam kita kenapa kita melakukannya walau banyak cabaran yang datang.

Penyusuan susu ibu boleh menjadi satu perjalanan yang menggembirakan dan mencabar buat ibu-ibu tetapi percayalah tiada ada yang dapat menggantikan satu perasaan yang hebat bila dapat memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Monday, June 17, 2013

Cara-cara Menguruskan Stok EBM Semasa Travel

Penyusuan semasa travel sama ada oversea atau dalam negara bukanlah suatu yang mustahil.



Sharing hari ini ialah jika anda travel menaiki pengangkutan darat. (kereta, etc)

✉ Barang yang diperlukan ialah cooler box, ice cube, garam dan tuala lembap.

✉ Masukkan ice cube pada dasar cooler box.

✉ Taburkan garam. Garam berfungsi untuk melambatkan ais cair.

✉ Kemudian susun EBM, lapiskan dengan ice cube dan taburkan garam.

✉ Langkah ini diulang sehingga cooler box penuh.

✉ Lastly, letakkan tuala lembap di lapisan atas sekali supaya haba tidak keluar. Tutup cooler box rapat.

✉ Letakkan cooler box di bahagian yang berhawa dingin. Jangan letak di bahagian bonet.

Penulis Whenmayend.blogspot menggunakan cara ini semasa travel selama 7 jam menaiki kereta dan EBM tidak mencair.

Tips Panduan Mencairkan Susu Perahan (EBM)



1) Cek tarikh perahan susu pada bekas perahan. Gunakan bekas yang dilabel dengan tarikh yang 
terawal.
2) Cairkan susu dengan meletakkannya di bahagian 'fridge' selama 4-24 jam.
3) Letakkan bekas perahan di bawah laluan air paip di sinki. Setelah agak mencair, lalukan di bawah air suam pula.
4) Jangan mencairkan pada suhu bilik.
5) Panaskan susu dengan merendam bekasnya ke dalam bekas berisi air suam.
6) Jangan panaskan susu perahan di dalam microwave dan di atas api dapur gas. Susu yang sudah mencair tidak boleh disejukbeku lagi.

Cara Menyimpan Susu Perahan



✔ Susu yang baru diperah boleh disimpan dalam suhu bilik selama
6-8 jam.
✔ Susu yang baru diperah hendaklah disimpan dalam masa 6-8
jam selepas perahan untuk mengelakkannya rosak.
✔ Letakkan label tarikh susu diperah pada bekas perahan.
✔ Tinggalkan 1 inci lebihan ruang dalam bekas susu perahan yang
ingin disejukbeku.
✔ Letakkan bekas perahan di bahagian belakang freezer di mana
ianya tempat yang paling sejuk.